Friday, February 5, 2010

Cik Mahat Dipindah Semula ke HSI

(12.06 am)- 'Kite' dapat SMS daripada Kamarul Jumahat pada 8.52 mlm tadi, yang bapanya telah pun dipindahkan semula ke Wad 7a, Hospital Sultan Ismail malam tadi. Kita doakan semoga Cik Mahat cepat sembuh dan dapat bersama-sama kita semula. Lagipun, sewaktu kite melawat beliau di Wad ICU, HSA Isnin lepas, Cik Mahat telah pun sedar dari koma selepas beberapa jam menjalani operation di kepala sebelah kiri. Blood pressure pun dah turun ke 146. 'Kite' terharu dengan kedatangan sanak-saudara dan rakan taulan yang tidak putus-putus hadir, di samping kesetiaan dua isterinya dan anak-anak beliau yang sanggup menunggu dan menjaganya. InsyaAllah beliau akan pulih nanti.

3 comments:

  1. alhamdulillah..dh mula sedar..cuma demam sikit mlm td,mungkin masa transfer tu ganas sikit kot :D badan terperanjat..darah dh mula stabil,around 130-150 jer

    ReplyDelete
  2. dunt worry. May Allah SWT will save him from any 'disaster'. Amin...

    ReplyDelete