Wednesday, March 24, 2010

Tujuan Tabung Pertubuhan Keluarga Hj. Jalal

Satu surat pekeliling bertarikh 3 Mac 2010 telah dikeluarkan oleh Dato' Hj. Miskon b. Hj. Jalal, Pengerusi Pertubuhan Keluarga Hj. Jalal b. Hj. Nawawi. Tujuan surat itu adalah untuk memberi galakan kepada anak-anak, para menantu, cucu-cicit dan generasi Allahyarham Hj. Jalal dan Allahyarhamah Hjh. Sarah untuk menyumbang ke dalam tabung pertubuhan dengan sumbangan minima RM10.00 sebulan. Duit dalam tabung yang ada sekarang hanya RM2000 lebih. Tabung ini diwujudkan untuk tujuan berikut:

1. Hadiah peperiksaan spt SPM.
2. Sumbangan mangsa kemalangan atau kebakaran.
3. Kematian
3. Kenduri-kendara
4. Hari keluarga
5. Aktiviti sukan dan lasak.
6. Aktiviti kekeluargaan lain.
7. Rawatan perubatan dan pembedahan.
8. Lain-lain (jika difikirkan perlu)

Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita menyumbang minima RM10 ke dalam tabung ini agar manfaatnya kita perolehi bersama dan niatkan agar pahalanya sampai kepada Arwah Embah dan Nyai.

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya ada seratus biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah amat luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya." Al-Baqarah (261)

2 comments:

  1. kalau isteri bersalin bleh dapat x?hehehe saje gurau2

    ReplyDelete
  2. Klu isteri dah bersalin, lagi kena beri sumbangan based on jumlah ahli keluarga. Klu ahli keluarga 3 org, means RM30. He...he..Soalan ko tu boleh bawa dlm mesyuarat nanti. At least beri hadiah baby sumbangan daripada tbg ni.

    ReplyDelete