Tuesday, April 27, 2010

Hidup Berkasih-Sayang

Minggu lepas saya dan isteri berkesempatan utk hadir ke Majlis Ilmu yang disampaikan oleh Dr. Ust. Hj. Zahazan Mohamad, salah seorang ulama' yang banyak ilmunya. Beliau menyampaikan kuliahnya di rumah kakaknya di Tmn. Sri Pulai. Jarang sekali beliau dapat turun ke JB kerana sibuk mengendalikan urusan syarikat penerbitan Telaga Biru. Banyak sekali ilmu yang saya perolehi dalam majlis tersebut.

Dalam kuliahnya, Ust Zahazan membincangkan ayat terakhir dari surah Al-Fath (yang bermaksud Kemenangan). Ayat terakhr dari surah tersebut membuat kesimpulan tentang bagaimana kita umat Islam mampu untuk menang dan menawan semula Baitulmaqdis. Seterusnya menjadi umat yang dipandang tinggi oleh umat-umat yang lain.

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar." (29:Surah Al-Fath)

Terdapat 3 sifat org2 yang soleh, iaitu org2 yg berjaya dan akan diberi kemenangan oleh Allah.

1) Bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam),
2) bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).
3) tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.

Dalam 3 perkara di atas, saya hanya mahu membincangkan perkara yang ke-2, iaitu bagaimana mewujudkan kasih-sayang sesama manusia. Dalam kuliah tersebut, Ust. Zahazan menggariskan beberapa cara yang boleh membuatkan kita saling berkasih-sayang sesama Muslim.

1) Menasihati sahabat kita kerana Allah. cth: Nasihat kerana tak pakai tudung. Tetapi nasihat harus dengan baik dan tidak memalukannya.
2) Banyak memberikan senyuman.
3) Memberi salam kepada org yg kita kenal atau tidak kenal.
4) Suka memberi hadiah.
5) Banyakkan berdoa utk mereka. Doakan agar mereka diberi kebaikan dan petunjuk.
6) Menutup keaibannya jika ada org yg mengumpatnya.

Moga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada org lain, serta menjadi pemangkin dalam diri kita untuk menyatukan dan menguatkan umat Islam ini.

No comments:

Post a Comment