1.Menjunjung perintah Allah S.W.T.
2.Perkara yang sama dibuat oleh Allah S.W.T kerana Allah turut berselawat ke atas baginda.
3.Perkara yang sama dibuat oleh para malaikat kerana malaikat turut berselawat ke atas baginda.
4.Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah S.W.T.
5.Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
6.Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.
7.Dihapuskan baginya sepuluh kejahatan.
8.Diharapkan doanya dimakmulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit.
9.Mendapat syafaat Nabi S.A.W.
10.Mengampunkan dosa.
11.Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita.
12.membolehkan dekat dengan Nabi S.A.W pada hari Qiamat.
13.Boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup.
14.Ditunaikan segala hajat.
15.Dapat doa dari malaikat dan rahmat dari Allah S.W.T.
16.Membersihkan hati dan mensucikannya.
17.Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga.
18.Terlepas dari huru-hara Hari Qiamat.
19.Mendapat doa dan salam dari Nabi.
20.Mengingat kembali perkara yang lupa.
21.Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan bagi semua orang yang ada di majlis itu.
22.Menghilangkan kemiskinan.
23.Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil.
24.Terlepas dari kutukan Nabi."Hinalah orang yang disebutkan namaku disisinya tetapi dia tidak berselawat."
25.Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga.
26.Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk.
27.Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah S.W.T.
28.Mendapat Nur ketika lalu di titian (sirat).
29.Menjadikan kita tidak bersifat kasar.
30.Mendapat pujian Allah S.W.T disisi para malaikat.
31.Diberkatkan umurnya dan semua pekerjaannya.
32.Mendapat rahmat Allah S.W.T dan sentiasa dikasihi Allah S.W.T.
33.Menambah mahabbah kasih-sayang terhadap baginda.
34.Allah S.W.T dan rasulNya bertambah kasih kepada kita.
35.Dapat petunjuk dan hati menjadi hidup.
36.Nama orang yang berselawat disebut-sebut disisi baginda.
37.Ditetapkan kai di Siratulmustaqim.
38.menunaikan sedikit hak Nabi S.A.W. dan bersyukur kepada Allah S.W.T.
39.Termasuk daripada zikrullah mengingati Allah S.W.T.
40.mendapat kemuliaan dan keistimewaan dari Allah S.W.T.
'Ibnu Qoyyim Al Jauziah'
drp: http://melawis.blogspot.com
Friday, February 26, 2010
40 Kelebihan dan Faedah Berselawat Ke Atas Baginda Rasulullah
Hidup Berjiran Cara Rasulullah s.a.w

Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaknya tidak mengganggu jirannya”
Sabda Baginda lagi:
“Sebaik-baik teman di sisi Allah ialah mereka yang terbaik terhadap temannya; dan sebaik-baik jiran di sisi Allah swt ialah orang yang paling berbudi terhadap tetangganya”.
Pada suatu hari datang seorang sahabat kepada Rasulullah saw menceritakan:
“Ya Rasulullah, si fulanah itu sangat sekali tekun dalam melaksanakan solat dan jangan tanya tentang sedekahnya, demikian pula puasanya, hanya malanngnya dia berlidah pengganggu terhadap jirannya” Jawab Rasulullah saw: “Dia berada dalam api neraka!”
Rasulullah saw dengan penuh rahmat menggariskan hak-hak berjiran sepertimana berikut:
Hak-hak jiran
1. Bila jiranmu meminta tolong, tolonglah!
2. Bila meminjam, pinjamilah!
3. Bila memenuhi sesuatu, penuhilah!
4. Bila sakit, ziarahilah!
5. Bila memperolehi kesenangan, berilah ucapan selamat!
6. Bila mendapat musibah, ringankanlah deritanya!
7. Bila meninggal dunia, hantarlah janazahnya!
8. Bila engkau meninggikan bangunan rumahmu, jangan sampai engkau menghalangi masuk angin dan menutup cahaya matahari yang masuk ke dalam rumahnya, kecuali kalau engkau mendapat kebenaran daripadanya.
9. Jangan engkau menggangu dengan bau sedap makasakanmu! Kecuali bila engkau juga memberi kepadanya!
10. Bila engkau membeli buah-buahan, sedekahkanlah! Bila tidak, elakkan jangan sampai kesedapan baunya tercium!
11. Jangan sampai anankmu makan di muka (hadapan) anak jiranmu, hingga menimbulkan selera anak jiranmu dan menangis kerana keinginannya!
Apa yang digariskan oleh Rasulullah saw boleh menjadi panduan kepada kita yg memang mempunyai jiran. Ada juga jiran yang mengganggu jiran lain dengan bunyi muzik radio dan televisyen hinggakan jiran kita sukar hendak tidur, solat atau belajar.
Hormatilah Hak Jiran Kita.....
Mari Mengenal Rasulullah s.a.w

12 Rabi'ul Awwal adalah hari yang penuh bermakna dalam kalender umat manusia. Hari di mana manusia paling mulia di sisi Allah dilahirkan. Muhammad bin Abdullah dilahirkan sebagai seorang anak yatim. Baginda adalah rahmat bagi sekalian alam ini.
Cuba kita bayangkan jika Rasullulah s.a.w tidak dijadikan. Mungkinkah kita pada hari ini menjadi penyembah berhala, penganut agama Nasrani atau Majusi? Cuba bayangkan Islam tidak disebarkan oleh pedagang-pedagang Arab yg datang ke Melaka untuk berniaga. Mungkinkah kita menganut agama Hindu yang dibawa oleh kerajaan Srivijaya atau Majapahit? Syukur kita kepada Allah dengan Hidayat yang diberikan, kini kita mampu merasai nikmat Iman dan Islam. Nikmat yang tidak ternilai harganya. Tidak mampu dibayar dengan emas dan wang ringgit.
Rasulullah s.a.w Rahmat Sekalian Alam
Rasulullah s.a.w diutuskan untuk memberi petunjuk jalan lurus kepada umat manusia yg sebelum ini menyembah selain Allah, menindas yg lemah, memakan riba, berzina, membunuh anak perempuan dan suka berperang.
Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Sebagai tanda cinta kita kepada baginda, marilah kita sama-sama sentiasa mengamalkan sunnah dan apa sahaja yg diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupan kita seharian. Bila kita cinta akan baginda, barulah kita akan perolehi syafaatnya di Akhirat nanti dan kita akan sentiasa mendapat pahala drp Allah. Sentiasa kita berselawat kepadanya pada waktu pagi dan petang.
Sifat-sifat Rasulullah s.a.w
1. Adil dan baik hati.
2. Memberi makan orang miskin dan lapar.
3. Membantu orang musafir dan anak yatim.
4. Tidak suka orang zalim dan kedekut.
5. Ucapannya lembut dan tegas,
6. Rasa belas kasihan kpd manusia dan binatang.
7. Berseri-seri apabila dia tersenyum.
8. Orang paling dermawan terutamanya di Bulan Ramadhan.
9. Orang yang paling baik akhlak dan susuk tubuhnya.
10. Orang yang paling lembut tapak tangannya dan paling harum baunya.
11. Orang paling baik pergaulannya dan paling takut kepada Allah.
12. Tidak pernah marah dan berdendam kerana dirinya, beliau marah hanya kerana larangan-larangan Allah dilanggar hingga kebenaran menjadi pihak yang menang.
13. Akhlaknya adalah Al-Quran.
14. Orang paling tawadhuk(rendah diri).
15. Memenuhi keperluan keluarganya.
16. Melindungi orang-orang yang lemah (tiada kuasa).
17. Orang paling pemalu.
18. Tidak pernah mencela makanan.
19. Tidak pernah makan di meja makan.
20. Makanan kegemarannya ialah manisan, madu dan buah labu.
21. Biasa menjahit baju dan kasut sendiri.
22. Menziarahi orang sakit.
23. Memenuhi jemputan samada dari orang kaya atau miskin.
24. Banyak melakukan zikir dan berfikir.
25. Tempat tidurnya dibuat daripada kulit yang diisi dengan selaput pelepah kurma.
26. Tidak pernah tertawa lebar, hanya tersenyum.
27. Pernah bergurau tetapi tidak pernah menipu dalam bergurau.
(Petikan dari Buku Sirah dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w dan lagu Al-Mu’allim)
Mengapa kita tidak kenal Rasulullah sedangkan kita memuja artis-artis pada hari ini? Baginda memberi syafaat di Akhirat tetapi artis tidak!
Marilah kita sentiasa BERSELAWAT kepadanya
Wednesday, February 24, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Minum Susu Kambing: Sunnah Rasulullah

Kebaikan Susu Kambing:
-Minum Susu Kambing Adalah Sunnah Rasulullah s.a.w
-Menyembuhkan Penyakit Gastrik (bukti:Okoi)
-Kaya Protien
-Susu Terbaik Di Dunia Selepas Susu Ibu
-Tidak Menyebabkan Alahan
-Susu Terbaik Bagi Mereka Yang Alah Dengan Susu Lembu Atau Susu Soya
-Menguatkan Sistem Imunisasi Tubuh
-Susu Kambing Bersifat Alkali Manakala Susu Lembu Bersifat Asidik
-Mengimbangi Kandungan Gula Dalam Darah
-Membantu Menyembuhkan Penyakit-Penyakit Seperti Asma, Semput, Demam Kuning, Ulser Perut, Buasir,Darah Tinggi, Jantung Dan Sebagainya
-Meningkatkan Tenaga Dan Tenaga Batin
-Awet Muda
-Meningkatkan Jisim Tubuh, Tulang dan Otot Yang Sihat
-Melancarkan Sistem Penghadaman Dan Perut
-Baik Untuk Ibu-ibu Selepas Bersalin Yang Menyusukan Anak
-Tingkatkan Daya Kepekaan, Penumpuan Dan Perkembangan Otak
Majlis Kenduri Doa Selamat

Majlis kenduri doa selamat telah berjaya diadakan pada Ahad 14 Feb 2010. Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir semua keluarga kecuali keluarga Cik Mahat, Pak Long (kerana ke Kelantan) dan Cik Baha (ada hal). Alhamdulillah, kenduri tersebut dapat berjalan dengan lancar dengan dihadiri juga oleh orang-orang surau. Seperti yang dijanjikan, nasi baryani telah menjadi santapan pada malam itu dan hidangannya di hidang ala buffet di ruang luar rumah. Semoga majlis tersebut merapatkan silaturrahim antara kita dan doanya dimakbulkan Allah dan sampai kepada si mati. Amin.
Cik Mahat Belum Mampu Bercakap & Bergerak

Cik Mahat kini dijaga sepenuh masa oleh Cik Kiah dan Cik Roziah di rumahnya di Tmn. Molek. Walaupun staple di kepalanya telah dibuka, namun beliau masih belum mampu bergerak dan bercakap walau sepatah pun. Bahagian sebelah kanan beliau masih belum bergerak. Beliau masih lagi dalam proses pemulihan dengan sentiasa diurut oleh tukang urut yang dijemput khas. Moga beliau cepat sembuh dan mampu bergerak serta bercakap seperti sebelumnya. Kita juga mengharapkan agar Cik Kiah sekeluarga sabar dalam menghadapi dugaan ini. Saya juga mengharapkan agar anak-anak saudara beliau dapat melawat beliau di rumah Tmn. Molek jika ada kesempatan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau dan keluarga.
Pada Sabtu-Ahad lepas, beliau dan keluarga telah dilawati oleh Cik Kon, Cik Seman dan lain-lain. Sewaktu mereka melawat, Cik Mahat telah mampu memberikan isyarat 2 menggunakan tangan sebelah kirinya. Isyarat 2 ini telah menimbulkan tanda-tanya kepada mereka yg hadir. Apakah maksud 2?
Saturday, February 20, 2010
Selamat Ulang Tahun Pertama: Asmaa

Asmaa bt Abdul Syukor, puteriku ini telah menjangkau umur 1 tahun hari ini (20 Feb 2010). Sejak dia dilahirkan, pelbagai cubaan dan cabaran yang dia tempuhi. Antaranya retak di kepala akibat kemalangan jalanraya bersama umminya, sakit kuning selepas dilahirkan, demam panas hampir tiga hari selepas pulang dari Kelantan dan sebagainya. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana dia sentiasa sihat dan memberikan keceriaan kepada kami sekeluarga. Asma' bermaksud ketinggian. Sebelum ini saya bercadang untuk menamakan beliau sebagai Asma'. Namun dengan polisi Jabatan Pendaftaran negara pekeliling 2007 tidak membenarkan penggunaan simbol-simbol seperti (',-) menyebabkan saya menukar nama ini dengan ejaan Asmaa. Tetapi panggilannya tetap Asma'.
Bulan Mei ini, insyaAllah Asmaa akan mendapat adik baru. Dapatlah dia "kawan" untuk bermain di rumah. Semoga puteriku ini menjadi anak yang solehah, taat sentiasa perintah Allah dan Rasul-Nya, taat abah dan umminya, seorang yang bijak, faham dan amal ilmu agama dan ilmu dunia, dimurahkan rezeki yang halal, dipanjangkan umur, dan bahagia dunia Akhirat.
Amin. Happy Birthday puteriku...
Friday, February 19, 2010
Presiden PAS terjun laut selamatkan mangsa lemas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.
Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.
Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.
Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.
"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.
Salah sebuah foto berkenaan (kiri) menunjukkan Hadi - berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.
Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.
Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.
Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.
"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.
"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.
Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.
"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.
"Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya.
sumber: Malaysiakini dan Youtube
Sunday, February 14, 2010
Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara Cik Kiah

Kini giliran Cik Rokiah mengundurkan diri dari dunia perguruan apabila beliau bersara daripada jawatan sebagai seorang guru besar SK Tmn Johor Jaya 3 setelah berpuluh-puluh tahun bekerja di sekolah. Beliau adalah seorang yg sangat dedikasi dan tekun dalam mendidik para pelajar di sekolah. Satu pengalaman yg tak dapat dilupakan adalah pengalaman mengajar di SK Kangkar Pulai sewaktu masih anak dara lagi. Beliau pernah menaiki lori bersama kawan-kawannya sewaktu pulang dari mengajar pada waktu petang kerana ketiadaan bas atau teksi. Apa yg manarik adalah lori itu juga membawa kambing untuk dijual. Walaupun berbau kambing, beliau tidak kisah untuk menaiki lori itu asalkan dapat pulang ke rumah di Kampung Melayu Majidee.
Dengan persaraannya, bolehlah beliau menumpukan sepenuh masa untuk menjaga Cik Mahat dan sepenuh masa untuk ibadah. Lagipun tak lama lagi beliau akan mendapat seorang cucu. InsyaAllah, mg beliau dimurahkan rezeki yg halal dan kesihatan yg baik. Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara.
Friday, February 12, 2010
Haram Menyambut 'Valentine's Day'

Valentine's Day
14 Feb adalah tarikh yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih tidak kira muda atau tua. Hari yang dimaksudkan adalah Valentine's Day. Valentine's Day sangat meriah disambut oleh pasangan kekasih di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan tidak ketinggalan di Malaysia. Pasangan kekasih akan bertukar-tukar hadiah seperti coklat, bunga, kad dan sebagainya. Kadang-kala mereka menyambutnya di kelab-kelab malam dengan arak dan nyanyian yang mengkhayalkan. Kita juga dengar bahawa si gadis sanggup menyerahkan kesucian dirinya kepada si lelaki untuk menunjukkan kasih-sayang dan bukti cinta sesama mereka.
Sejarah
Sebenarnya, Valentine's Day adalah hari di mana orang-orang Kristian meraikan kejayaan tentera salib mengalahkan kerajaan Islam di Sepanyol sewaktu pemerintahan Ratu Isabella. Mereka telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam dan paderi Kristian mewujudkan satu hari untuk memperingatinya. Itulah Valentine's Day.
Fatwa Mengharamkan
Majlis fatwa kebangsaan dan negeri Johor telah mengeluarkan fatwa dan arahan agar Valentine's Day tidak disambut oleh orang Islam kerana perayaan ini tiada dalam ajaran Islam. Jika ia disambut oleh orang Islam, bermakna kita sendiri meraikan kemenangan tentera salib menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol satu masa dahulu.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun akan kamu mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)
Firman Allah:"“Tidak akan redha ke atas kamu orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan mereka.” (Surah Al-Baqarah: 120).
Harapan
Saya berharap agar Valentine's Day tidak disambut oleh umat Islam. Saya juga berharap umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya orang kafir yang sedah semestinya ingin menjatuhkan Islam secara senyap.
Gong Xi Fat Chai

Tahun Baru Cina
14 dan 15 Feb 2010 adalah Tahun Baru bagi kalendar masyarakat Cina di seluruh dunia. Tidak kira bangsa Cina yang beragama Islam, Budha, Kristian dan sebagainya, semuanya menyambut Tahun Baru ini bersama keluarga. Tahun Baru kali ini adalah tahun Pak Belang (Harimau Belang).
Umat Islam Berbangsa Cina
Bagi umat Islam yang berbangsa Cina, perayaan Tahun Baru Cina adalah dibenarkan untuk disambut kerana perayaan ini hanya bersandarkan kepada bangsa Cina. Ia bukan diraikan berdasarkan agama Buddha walaupun ramai masyarakat Cina yang beragama Buddha. Tetapi semasa meraikan perayaan ini, umat Islam berbangsa Cina haruslah mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam seperti meminum arak, berjudi, menilik nasib, menyembah nenek moyang dan sebagainya. Raikanlah dengan makan besar bersama keluarga, mengunjungi sanak-saudara dan menghargai org tua.
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia, Gong Xi Fat Chai.
"Happy Belated Birthday Cik Leha"

Saya hampir terlupa bahawa pada 9 Feb adalah tarikh kelahiran seorang makcik saya yg sentiasa disayangi oleh anak-anak saudaranya iaitu Jaliah Jalal (Cik Leha). Pada 9 Feb tahun ini, genaplah umur beliau 48 tahun (kalau x silap). Semoga beliau sentiasa sihat, dimurahkan rezeki yg halal, dijauhkan dari bala bencana, mendapat keampunan Allah dan segala amal ibadahnya diterima.
Umur Kita
Sebenarnya saban tahun kita menyambut ulang tahun kelahiran, semakin pendek umur kita di dunia ini. Saya pun tak tahu berapakah umur yang Allah peruntukkan kepada saya untuk hidup. Adakah 30, 40, 50 atau sebagainya. Apa yang penting adalah kita mengisi baki umur kita dengan perkara-perkara yg Allah redhai dan dapat dibawa ke Akhirat nanti. Umur kita tak akan dipendekkan atau dipanjangkan sesaat. Semuanya telah ditulis di Luth Mahfudz. Segala amalan kita akan terputus setelah kita mati KECUALI 3 perkara:
1. Ilmu yang bermanfaat kita ajarkan dan diamalkan oleh org lain.
2. Sedekah jariah sewaktu hidup di dunia.
3. Doa anak yg soleh yg mendoakan ibu bapanya.
Perjalanan Hidup
Hidup di dunia ini tak lama. Nabi s.a.w memperumpamakan hidup di dunia ini seperti seorang yg dalam keadan musafir, lalu berhenti untuk tidur sebentar, dan seterusnya bangun semula untuk meneruskan perjalanan. Tidur sebentar itulah hidup di dunia. Kita akan hidup lebih lama dan kekal di alam lain. Kita masih belum menempuh alam kubur, alam Mahsyar, timbangan amalan, Titian Sirat dan Syurga (moga dimasukkan) atau Neraka (moga dijauhi).
Harta Bukan Di Hati
Biarlah segala harta yg kita perolehi di dunia ini, kita manfaatkan untuk kegunaan Akhirat. Pastikan harta itu tidak bertahta di dalam hati. Kata Saidina Ali: "Harta itu di tangan, bukan di hati". Maksudnya jangan biarkan kita sentiasa teringat ttg harta kita. Kerana ia boleh menyebabkan penyakit hati spt hasad dengki, iri hati, dendam, lupa akhirat, lupa mati dan bermusuh sesama manusia. Biarlah harta itu hanya kita gunakan untuk kegiatan harian dan bekalan pahala untuk Akhirat.
Justeru, saya mengingatkan diri saya dan saudara sekalian agar kita pastikan hidup di dunia dengan sentiasa mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya kerana dengan mengikutinya kita akan sentiasa selamat di dunia dan Akhirat. Selamat Hari Lahir Cik Leha.
Cik Mahat Dibenarkan Pulang
Alhamdulillah, semalam saya mendapat berita jam 3 ptg daripada Kamarul (Along) bahawa Cik Mahat telah dibenarkan pulang ke rumahnya di Tmn. Molek. Ini bermakna keadaan beliau semakin pulih dan semakin sihat. Staple di kepalanya akan dibuka pada 14 Feb 2010 (Ahad). Moga tekanan darahnya akan semakin stabil dan bahagian tubuh kanannya dapat digerakkan semula. Amin.
Thursday, February 11, 2010
Kenapa Harus Berpagi-pagi

Assalamu'alaikum. Alhamdulillah pada pagi tadi saya dapat solat Subuh berjamaah di masjid dan dapat membaca Al-Quran, setelah sekian lama sukar untuk solat Subuh di rumah Allah dan membaca Kalam Allah itu. Saya bangun awal kerana pagi tadi ada perlawanan EPL antara Man United vs Aston Villa dengan keputusan seri selepas Nani (17) dibuang padang. Selepas tamat perlawanan kira-kira jam 5.35 pagi saya bergegas pulang ke rumah untuk mandi dan terus ke masjid untuk solat Subuh. Itulah rutinnya, jika ada 'game' waktu pagi, insyaAllah saya dapat ke masjid untuk solat Subuh. Jika tiada 'game', hanya solat di rumah. Selepas itu tidur semula.
Rugi kan!. Kenapa rugi? Kerana waktu pagi mempunyai keberkatan dalam berusaha dan memulakan pekerjaan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi." Orang kafir sendiri tahu menghargai waktu pagi. Pengalaman saya tinggal di rumah Cik Bedah di Melaka, jirannya yg berbangsa Cina bangun seawal 5 pagi untuk menguruskan perniagaannya. Nyonya dan asoh (kakak) sekitar rumah beliau berjogging sekitar taman di awal pagi. Sebelum subuh lagi mereka telah bertebaran di bumi Allah. Apa kelebihan bangun awal pagi? Dalam buku 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang oleh Ustzh Siti Norbahyah dan Ust Zahazan Mohamed ada menggariskan kelebihan bangun wal pagi dan kekurangan jika lewat bangun.
Kelebihan Waktu Pagi
-Fikiran masih kosong, lapang dan segar.
-Banyak perkara yang boleh difikirkan.
-Banyak perkara yang boleh dilakukan.
-Badan masih segar dan cergas.
-Cuaca yg sejuk dan pemandangan yg segar boleh menaikkan semangat.
-Peluang mencari rezeki yg banyak.
Kerugian Tidur pada Waktu Pagi (Selepas Subuh)
-Badan menjadi letih.
-Otak menjadi lemah.
-Tak banyak perkara yg boleh dilakukan.
-Tak banyak perkara yg boleh difikirkan.
-Cuaca sudah panas ketika bangun dan tidak menggalakkan untuk keluar.
-Rezeki sudah dikaut org lain.
-Menampakkan sifat pemalas.
So, kita dah tau kelebihan bangun awal pagi dan keburukan jika bangun lewat atau tidur semula lepas Subuh. Macamana kita nak bangun awal pagi?
Petua Supaya Mudah Bangun Awal Pagi.
-Ikhlaskan niat untuk bangun awal pagi bagi menjalankan kerja. Kerja juga adalah ibadah kepada Allah.
-Merasakan bangun pagi adalah tuntutan Allah. Dapat buat Qiyamullail sebelum Subuh.
-Mengetahui kelebihan bangun awal.
-Ingat bahawa golongan salafussoleh sentiasa bangun awal.
-Tidur malam dengan mengiring ke sebelah kanan.
-Ambil wuduk sebelum tidur.
-Masuk tidur awal.
-Berzikir, wirid dan doa sebelum tidur.
-Tidur sebentar (Qailullah) sebelum waktu Zohor.
-Kurangkan makan berlebihan.
-Lawan nafsu yang ingin tidur berlebihan.
-Jauhi maksiat kepada Allah.
-Hukum diri jika tidur berlebihan.
Semoga selepas ini kita akan menjadi golongan yang bangun awal dan tidak tidur selepas solat Subuh walaupun hari cuti (Sabtu dan Ahad). Pastinya kita akan dimurahkan rezeki. Jika duduk di rumah selepas Subuh menyebabkan kita tidur semula, keluarlah untuk berjogging, sarapan di kedai bersama kawan-kawan atau keluarga, atau mengikuti kuliah Subuh di masjid.
Wednesday, February 10, 2010
Terkini: Keadaan Cik Mahat (Selasa, 9 Feb 2010)


(Gambar: Keadaan terkini Cik Mahat di HSI)
Alhamdulillah, Cik Mahat dah sedar seperti biasa di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Tetapi badan beliau masih lemah lagi. Tekanan darah telah sampai ke 130+, tetapi kadang-kala naik ke 150. Saluran makanan di tekak telah dicabut. Namun tiub yang ke hidung masih belum ditanggalkan. Cik Mahat belum dapat makan makanan yang agak keras. Beliau diberi minum susu sahaja. Besi staple (jahitan) di kepalanya akan ditanggalkan pada 14 Feb ini. Sama-sama kita doakan agar beliau akan semakin pulih dan dapat bersama-sama kita nanti, insyaAllah.
(Gambar dan berita oleh Kamarul Ariffin b. Jumahat)
Tuesday, February 9, 2010
Cik Seman Pula Muncul Dalam Facebook

Monday, February 8, 2010
Kenangan Masa Lalu
Cuti Tahun Baru Cina: Jom Ke Tgganu & Kelantan!

Cik Bedah Ada Facebook?

Own Goal Bonanza

Sunday, February 7, 2010
Man United vs Porstmouth, Chelsea vs Arsenal

Saturday, February 6, 2010
Budaya Hadir Ke Majlis Ilmu

Saya baru sahaja menghadiri satu majlis ilmu di Masjid UTM yang syarahannya disampaikan oleh Ust. Hj. Zahazan Mohamad, salah seorang penceramah terkenal di negara kita. Beliau adalah seorang pensyarah di UIA dan selalu memberikan pengisian di TV3, radio IKIM.fm, menulis di majalah Solusi dan menulis pelbagai jenis buku. Majlis beliau pada malam ini dihadiri oleh ramai mahasiswa/i dan para pensyarah universiti. Tidak ketinggalan juga penduduk sekitar Tmn. Universiti, Tmn. Sri Pulai dan lain-lain mengambil kesempatan untuk masuk ke UTM bagi mendengar ceramah beliau. Suasana ini sungguh asing bagi kita dan sangat jarang kita lihat. Saya dapat rasakan yang masyarakat sangat dahagakan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang agama yang rata-ratanya sangat sukar diperolehi melalui kaca televisyen atau akhbar harian.
Kenduri Arwah, Kesyukuran dan Doa Selamat

Selamat Bersara & Selamat Hari Lahir Ke-56

Friday, February 5, 2010
Tahniah: Fahmi Miskon KJ Mekatronik, UTeM

Tazkirah Jumaat: Hadith Ke-16: Kitab Hadith 40 Imam Nawawi

-Diriwayatkan oleh Bukhari.
Syarahan dan Nilainya:
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah dan mempunyai nilai akhlak yang utama, iaitu melarang dari kemarahan. Kerana kemarahan bukan menambahkan kebaikan, tetapi memburukkan lagi keadaan.
Maksud Jangan Marah dan Yang Bertalian Dengannya:
Adapun maksud perkataan 'jangan marah' yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan turut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Kerana kemarahan adalah salah satu tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.
Jadi Rasulullah bermaksud larangan kepada perkara menimbulkan kemarahan itu dan baginda bersabda pada hadis yang lain:" Jauhilah kemarahan, kerana itu ialah bara api ynag bernyala-nyala dalam hati anak Adam. Cubalah lihat bilah salah seorang kamu dalam kemarahan, kedua matanya merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabilah salah seorang kamu berasa marah, maka hendaklah ia berbaring atau duduk di atas bumi.
Dan pernah juga Rasulullah menerangkan:" Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah oleh seorang kamu maka hendaklah ia berwuduk".
Amru Al-Ash berkata:" Saya bertanya kepada Rasulullah bagaimana cara supaya saya tidak dimurkai Allah? Jawab Rasulullah: Jangan marah."
Imam Ghazali berkata:"Kemarahan manusia bermacam-macam. Setengahnya lekas marah dan lekas hilang. setengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Setengahnya lambat marah dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji."
Bolehkah kita marah?
Rasulullah pernah marah. Kemarahan kerana ada perkara yang tidak disukai yang menyalahi dari yang benar sebagaimana yang diajarkan agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama.
Contohnya, ada sebuah rombongan orang yang musafir bersama Rasulullah. dalam rombongan itu terdapat seorang perempuan Ansar yang menaiki untanya. Malangnya untanya itu amat tidak menyenangkan hatinya kerana kemalasannya. Lalu dia terus marah dan melaknatnya. Sedang Rasulullah mendengar apa yang dikatakan tadi, seraya menyuruh supaya diambil barang kepunyaanya dan dibiarkanlah dia di situ.
Begitu juga ibubapa dibenarkan untuk marah jika anak-anak tidak melakukan suruhan Allah dan melanggar larangan-Nya.
Itulah wasiat dan ajaran Rasulullah yang tercinta yang harus kita ikut. Malu sekiranya kita meminta syafaatnya di Akhirat nanti tetapi di dunia kita tidak mengikut suruhannya. Dengan ajaran baginda, semua urusan di dunia ini dapat diselesaikan. Berkata seorang sarjana Barat:"Jika Muhammad masih hidup, sudah tentu dia dapat menyelesaikan masalah di dunia sekarang ini dengan hanya menghirup teh".
Wallahu'alam
Cik Mahat Dipindah Semula ke HSI
