Thursday, November 12, 2015

Wednesday, May 19, 2010

Siapa Sebenarnya Yg Berpolitik Di Masjid?

Buat Dosa di Khalayak, Org Islam Dah Tak Malu

Okoi dan Norzi dapat anak lelaki

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana kami dikurniakan anak lelaki. Isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.95kg di HSI JB pada jam 6.30 pagi, Khamis 13 Mei 2010 yang lalu. Kami telah bersetuju untuk menamakannya Abdullah Umar bin Abdul Syukor sempena nama seorang sahabat Nabi s.a.w (Abdullah bin Umar) yang banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. Beliau yang merupakan anak Saidina Umar merupakan antara sahabat yang tinggi ilmunya dan pintar. Moga Abdullah Umar nanti akan menjadi seperti Abdullah bin Umar dengan sentiasa taat perintah Allah dan Rasul, tinggi ilmu dunia dan akhirat dan menjadi orang yang memberi sumbangan besar kepada Islam

Umrah: Cik Kon, Cik Seman dan Cik Jawiyah

Alhamdulillah, keluarga kita sentiasa dimurahkan dan dicukupkan rezeki oleh Allah dan mampu untuk mengerjakan ibadah terutamanya ibadah umrah. Dikhabarkan bahawa Cik Miskon, Cik Seman dan Cik Jawaiyah bersama pasangan mereka akan mengerjakan umrah dalam waktu terdekat ini. Cik Kon dan Cik Senah bertolak (21 Mei 2010), Cik Seman dan Cik Muhaya (28 Mei 2010) dan Cik Jawiyah dan Cik Wan (bulan Julai ni). Cik Seman dan Cik Muhaya akan berlepas melalui Singapura. Kita doakan mereka selamat pergi dan pulang, dan amal ibadah mereka diterima Allah. Sesiapa yang nak kirim 'doa', boleh berjumpa atau menelefon mereka.

Tahlil dan Aqiqah di Rumah Mak Long

Satu majlis tahlil dan aqiqah anak lelaki saya (Abdullah Umar b. Abdul Syukor) akan diadakan pada 22 Mei 2010 (Sabtu), selepas solat Isyak, di L-13, Kg. Pt. Othman Pt. Sulang Batu Pahat, Johor. Iaitu rumah Mak Long. Saya menjemput seluruh kaum keluarga agar dapat menghadiri majlis ini. Menu kali ini adalah nasi putih, daging kambing masak bistik, daging ayam masak merah dan rojak sengkuang. Kehadiran anda semua sangat dialu-alukan.

Tuesday, April 27, 2010

Hidup Berkasih-Sayang

Minggu lepas saya dan isteri berkesempatan utk hadir ke Majlis Ilmu yang disampaikan oleh Dr. Ust. Hj. Zahazan Mohamad, salah seorang ulama' yang banyak ilmunya. Beliau menyampaikan kuliahnya di rumah kakaknya di Tmn. Sri Pulai. Jarang sekali beliau dapat turun ke JB kerana sibuk mengendalikan urusan syarikat penerbitan Telaga Biru. Banyak sekali ilmu yang saya perolehi dalam majlis tersebut.

Dalam kuliahnya, Ust Zahazan membincangkan ayat terakhir dari surah Al-Fath (yang bermaksud Kemenangan). Ayat terakhr dari surah tersebut membuat kesimpulan tentang bagaimana kita umat Islam mampu untuk menang dan menawan semula Baitulmaqdis. Seterusnya menjadi umat yang dipandang tinggi oleh umat-umat yang lain.

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar." (29:Surah Al-Fath)

Terdapat 3 sifat org2 yang soleh, iaitu org2 yg berjaya dan akan diberi kemenangan oleh Allah.

1) Bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam),
2) bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).
3) tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.

Dalam 3 perkara di atas, saya hanya mahu membincangkan perkara yang ke-2, iaitu bagaimana mewujudkan kasih-sayang sesama manusia. Dalam kuliah tersebut, Ust. Zahazan menggariskan beberapa cara yang boleh membuatkan kita saling berkasih-sayang sesama Muslim.

1) Menasihati sahabat kita kerana Allah. cth: Nasihat kerana tak pakai tudung. Tetapi nasihat harus dengan baik dan tidak memalukannya.
2) Banyak memberikan senyuman.
3) Memberi salam kepada org yg kita kenal atau tidak kenal.
4) Suka memberi hadiah.
5) Banyakkan berdoa utk mereka. Doakan agar mereka diberi kebaikan dan petunjuk.
6) Menutup keaibannya jika ada org yg mengumpatnya.

Moga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada org lain, serta menjadi pemangkin dalam diri kita untuk menyatukan dan menguatkan umat Islam ini.

Muktamar PAS ke-56 di Kelantan


Muktamar pemuda PAS Pusat akan diadakan pada 9 dan 10 jun 2010 di Putik, Pengkalan Chepa Kelantan. Manakala Muktamar PAS pula akan diadakan pada hari berikutnya. Saya merancang untuk pergi bersama kawan-kawan. Namun mereka semua pergi bersama keluarga. Saya tidak dapat membawa isteri kerana beliau masih dalam pantang. Justeru sesiapa yg nak ikut (jalan-jalan) boleh join sekali. Kita akan singgah di rumah Kak Dilah atau Ibah di Dungun dulu, pastu ke Kota Bharu dan kita akan cari penginapan yang berhampiran. Saya plan nak singgah di beberapa destinasi yang menarik. Sewaktu di muktamar pun, banyak aktiviti menarik seperti jualan mega, ceramah, etc.

Klu takde sape nak ikut, terpaksa la saya naik kapal terbang je.

Hidup Ini


Assalamu'alaikum. Pergh...dah lama tak masuk blog sendiri ni. Sibuk pun ada..malas pun ada. Sibuk menyiapkan Montaj utk Muktamar Pemuda PAS negeri Johor, sibuk siapkan Conference paper di MUCET 2010 Jun ni, sibuk dgn anak dan isteri, wife pula nak bersalin, pendek kata hidup ni tak pernah cukup masa. Betul la kata-kata As-Shahid Hasan Al-Banna yg menyatakan bahawa hidup 24 jam ni tak cukup dengan tugas-tugas yang ada. Namun jika tugas itu dilakukan dengan betul, fokus, teliti dan dedikasi, maka ia akan dapat dilakukan dengan baik.

25hb Apr lepas (Ahad), mak dan abah baru sahaja pergi menunaikan umrah. Mereka di sana selama 2 minggu. 8hb Mei baru balik M'sia. Norzi punye due date bersalin 7hb Mei. Wah, balik2 je dapat cucu baru. Moga mendapat keberkatan Allah. Waktu saya dilahirkan dulu pun, arwah embah dan nyai baru pulang tunaikan haji. Tu yang nama "Abdul Syukor".

Begitulah hidup ini, ibarat roda. Kita akan semakin tua dan jika sampai masa akan pergi meninggalkan dunia ini. Bagi yang baru lahir, akan meningkat dewasa untuk meneruskan hidup ini. Apa yang penting, mati kita mesti mati dalam "Iman dan Islam".

Monday, April 19, 2010

Tilawah Al-Quran: Cik Haron dpt Naib Johan

Satu peraduan tilawah Al-Quran mukim Tebrau telah diadakan pada hari Ahad, 18 Apr 2010. Cik Haron telah memasuki peraduan itu dan telah mendapat Naib Johan. Tahniah kita ucapkan dan semoga kejayaan beliau dapat dicontohi oleh anak-anak saudara. Kita juga berharap kemahiran beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran dapat diturunkan kepada anak-anak saudara dan dapat kita amalkan isi kandungannya.

Umrah: Pak Long n' Mak Long

Pak Long dan Mak Long akan pergi ke Makkah untuk menunaikan umrah pada 25 Apr 2010. Mereka akan pergi bersama-sama besannya dari Pt. Gantong (ibu bapa Nor Azuwan) dan bertolak dari Pt. Otman jam 3.00 pagi hari Ahad. Mereka akan berlepas dari KLIA pada jam 10.30 pagi hari Ahad dan menginap di Bahrain selama semalam sebelum bertolak ke Madinah. Mereka dijangka pulang ke tanahair pada 8 Mei 2010. Sesiapa yang ingin berpesan 'doa' boleh hubungi Mak Long di kampung. Kita doakan agar perjalanan mereka selamat, dipermudahkan untuk melaksanakan ibadah dan diterima Allah. Amin

Tuesday, April 13, 2010

Tangan Yang Di Atas Lebih Baik Drp Tangan Yang Di Bawah

Pada malam tadi, saya bersama isteri dan anak berkelapangan untuk menghadiri kuliah mingguan yang disampaikan oleh Ust. Dr. Arif Soleh, seorang pensyarah di UTM, Skudai. Kuliah mingguan tersebut diadakan di Jalan Batai 5, Tmn. Sri Pulai atas jemputan Sdr. Zul dari Tmn. Teratai. Beliau secara mingguan akan mengingatkan saya tentang berlangsungnya kuliah itu.

Kuliah pada malam tadi telah memasuki 'buku' baru iaitu membincangkan tajuk 'Sadaqah'. Buku sebelum ini yang berkisar tentang Doa-doa yang disukai Rasulullah s.a.w telah tamat dibincangkan. Dalam kuliah tersebut, Ust Dr. Arif Saleh (UDAS) membincangkan bagaimana kita dituntut untuk bersedekah pada setiap hari.

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka" (Al-Baqarah:2-3)

Sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Menurut hadith, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari)

Kadangkala kita rasa khuatir dan takut untuk bersedekah kerana takut ia akan mengurangkan harta kita. Sedangkan Rasulullah s.a.w telah memberi jaminan tentang perkara ini.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Dalam perbincangan pada malam tadi juga dipesan agar kita tidak mengherdik orang yang meminta-minta walaupun kita tidak mahu memberi.

"Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik" (Surah Ad-Dhuha:10)

Justeru, kita amat digalakkan untuk bersedekah terutamanya kepada sanak-saudara kita yang miskin. InsyaALlah, harta kita akan bertambah dengan bersedekah dan kita akan mendapat pahala dan keampunan daripada Allah.

Bacaan Yaasin dan Tahlil di Rumah Mak Long

Satu majlis bacaan Yaasin dan tahlil akan diadakan di rumah Mak Long Parit Othman pada:

Tarikh: 18 Apr 2010 (Ahad)
Masa: 2.00 ptg

Dijemput sedara-mara yang berkelapangan balik ke kampung untuk menghadiri majlis tersebut.