Wednesday, March 17, 2010

Nur Samihah bt. Mohd. Shukri: Cucu Mak Long Ke-6

Nursyamsinar Fadilah bt. Mohamad Jaya (Kak Dilah) telah selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Kuala Terengganu (HKT) jam 7.30 padi tadi. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut sejak semalam kerana anak di dalam kandungannya telah 'membuang air besar'. Alhamdulillah beliau dapat melahirkan anak itu secara normal. Mak Long kini bergegas ke Kuala Terengganu untuk melihat perkembangan Kak Dilah dan cucunya yang ke-6 itu. Tahniah Abg Shukri & Kak Dilah sekeluarga.

Thursday, March 11, 2010

SPM 2009: Pencapaian Memberangsangkan

Keputusan SPM 2009 diketahui hari ini di seluruh negara. Seramai 364,046 calon lulus SPM berbanding 347,443 tahun lalu dengan 199,155 calon (49.6 peratus) lulus semua mata pelajaran. Dalam keluarga Allahyarham Hj. Jalal, 3 orang cucunya telah menduduki peperiksaan SPM 2009 dan mereka semua memperolehi keputusan yang memberangsangkan.

1. Firdaus Jumahat: 4A 5B 2C
2. Alif Azman (bukan Alif Aziz ye..): 1A..(semua lulus)
3. Bakhtiar Nazir: 4A..(semua lulus)

Tahniah kepada semua 3 org 'bekas budak sekolah' yang memperolehi keputusan SPM 2009 yg baik. Terima kasih juga kepada Cik Mahat & Cik Rokiah, Cik Azman & Cik Ina, Cik Nazir & Cik Enon atas dorongan yg diberikan kepada mereka. Apa yg penting selepas ini adalah mereka semua harus berusaha dan bertawakal untuk masuk ke IPTA pula.

Tuesday, March 9, 2010

Jom XPDC Gunung Ledang

Satu XPDC mendaki gunung Ledang akan diadakan pada cuti semester bulan Apr-Jun ini. XPDC ini yang akan diketuai oleh Left. Muda Mohd. Fakhzan (Ijan). XPDC ini dilakukan bertujuan merapatkan ukhuwwah antara saudara-mara dan sebagai latihan meningkatkan stamina sebelum mendaki gunung yang lebih tinggi lagi. Mengikut perancangan, rombongan XPDC akan menginap satu malam di Middle Base Gunung Ledang sebelum meneruskan XPDC ke puncak pada keesokan harinya. Diharap, semua sepupu-sepapat dapat luangkan masa untuk mengikuti XPDC ini.

Friday, March 5, 2010

Dirogol Beramai-ramai di Depan Suami

Pukul 6 pagi, 28 Feb 2010 adalah waktu tamat tugas Rukun Tetangga di Tmn. Teratai, Skudai, Johor untuk mengawal kawasan taman. Pada pagi itu, belum ramai yang bangun awal kerana ramai hari Ahad adalah hari bagi mereka bercuti. Namun begitu, ada beberapa orang pemuda bukan beragama Islam yang mengambil kesempatan di atas keheningan pagi Ahad itu. Dengan perlahan-lahan mereka membuka 'sliding door' pintu belakang yang rosak dan tidak berkunci dan pintu besi yang tidak bermangga di sebuah rumah. Rumah itu diduduki oleh sahabat saya bersama isteri dan seorang anaknya. Mereka mudah memasuki rumah itu dan mengambil pisau dapur untuk dijadikan senjata. Mereka pergi ke bilik utama untuk mencari sasaran.

Apabila mereka masuk ke bilik, pisau di tangan diletakkan di leher suaminya dan isterinya ditarik untuk diperkosa. Apakan daya seorang suami melawan 6 orang pemuda yang memukulnya menggunakan kayu golf hingga patah. Si suami juga tidak terdaya menghalang isterinya diperkosa di hadapannya. Apakan daya si suami melihat pemuda-pemuda itu bergilir-gilir 'menjamu selera' dengan dia sendiri diugut dan dipukul. Mengikut laporan polis, isterinya juga dipaksa mengolom 'ais krim' perompak-perompak itu. Sebelum keluar meninggalkan rumah, mereka sempat mengambil wang RM2000, sebuah kamera berharga RM5000, dan 2 buah laptop. Berita tersebut dikongsi bersama rakan-rakan hingga saya tidak dapat menahan air mata dan menyimpan dendam di hati. Siapa yang sanggup mendengar sahabat baik sendiri dipukul, dirompak dan isterinya diperkosa di hadapan matanya.

Hingga hari ini, pihak polis telah menahan 22 orang pemuda bukan Islam untuk direman. Pada hari ini, sahabat saya bersama isterinya akan membuat kawat cam.

Dalam hal ini, siapa yang bersalah?
Orang-orang yang merogol dan merompak itu tidak ada rasa gentar dan belas ihsan. Mereka tidak takut dengan sistem perundangan sekarang. Kalau mereka dihukum pun, masyarakat tidak mengambil iktibar kerana hukuman itu dilakukan dipenjara, bukannya di khalayak ramai seperti yang Islam tuntut. Saya tidak suka menyalahkan sesiapa. Namun sistem perundangan di negara kita ini yang dicipta oleh manusia harus ditukar dan dirombak kepada sistem yang dicipa oleh Allah. Itulah syariat Islam yang Allah wahyukan dalam Al-Quran. Allah berfirman dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah:178-179)

Kenapa kita sampai sekarang masih degil lagi untuk laksanakan perundangan Islam. Butakah mata pemimpin kita yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu tetapi tidak melaksanakan Hukum Islam? Ya Allah, ampunkan dosa kami. Izinkan kami laksanakan hukum Islam yang Kau turunkan dalam Al-Quran, agar timbul rasa gentar dalam hati semua manusia untuk melakukan jenayah.

Saya menyeru kepada saudara-saudara, adik beradik, pakcik makcik agar sokonglah agar hukum Hudud dan Qisas ini dilaksanakan di Malaysia ini. Kerana hati manusia Allah yang 'pegang'. Klu kita laksanakan hukum Islam, Allah akan masukkan rasa gentar dalam hati manusia daripada untuk buat jahat. Tapi kalau kita laksanakan hukum yg manusia cipta, Allah akan 'berlepas tangan' terhadap apa yang akan berlaku. Semua ini akan ditanya oleh Allah di Akhirat nanti.

Ingatlah, mungkin sekarang terkena kepada oarng lain. Tapi kita akan menyesal jika perkara ini berlaku kepada diri dan kaum keluarga kita. Hingga sekarang, saya akan mengalirkan air mata bercampur dendam di hati jika teringat apa yang berlaku kepada sahabat baik saya itu. Moga Allah ampunkan dia, diberikan kekuatan dan kesabaran. Moga menjadi ingatan kepada kita semua....

p/s: Kisah ini adalah benar.

Wednesday, March 3, 2010

Kamarul & Sofea Dapat Anak Lelaki



Alhamdulillah, isteri kepada Kamarul Ariffin b. Jumahat (Along) iaitu Sofea telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.07kg pada 11.35 pagi tadi di Hospital Sultan Ismail (HSI) JB. Tahniah kepada beliau suami isteri atas kurniaan Allah ini. Tahniah juga kepada Cik Mahat dan Cik Kiah kerana dapat cucu pertama. Moga besar nanti menjadi anak yg soleh dan berjasa.

Tuesday, March 2, 2010

Johor Muflis 2012?

Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat johor.

Bagaimana Johor boleh muflis? Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.

Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor? JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.

Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis? Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!


Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012? Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang "sebelum cukai". Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.

Apa implikasi kepada kerajaan negeri? Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!

Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion? Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.

Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan? Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:
1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)
2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB
Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?

Selepas ini apa pula yang akan dijual? Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN!

Semangat Cik Mahat

Alhamdulillah, Cik Mahat semakin bersemangat dan pulih dari sakit yg dilaluinya. Sabtu lalu, saya dan isteri sempat singgah dan makan tghari di rumahnya. Beliau sedar akan kedatangan saya. Parut pembedahan di kepalanya semakin pulih dan tiub makanan di lehernya telah ditanggalkan. Kini beliau makan minum seperti biasa. Kelihatan beliau sangat selera makan. Cuma berak kencing masih perlu bantuan daripada anak dan isteri. Beliau juga mampu memberikan isyarat tangan untuk memberitahu sesuatu seperti isyarat supaya kami menukar channel TV dan sebagainya. Tekanan darah beliau juga semakin stabil dan ubat mencairkan darah tetap diambil seperti biasa. Biasanya beliau tidur awal dan berehat di ruang TV apabila waktu siang. Anak dan isteri-isteri sanggup menjaga, memandikan, membasuh berak kencing dan menyuapkan beliau. Sungguh bertuah Cik Mahat mempunyai mereka yang sayangkan dirinya. Moga pengorbanan mereka mendapat balasan pahala yang besar dan keampunan daripada Allah. Itulah SEMANGAT CIK MAHAT.