Wednesday, March 31, 2010

17,303 anak luar nikah 2009



KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

Komen: Ini baru anak luar nikah. Maksudnya pasangan yang belum nikah, buat 'projek' (zina), lalu hamil. Belum lagi kandungan yang digugurkan, atau berzina tapi tak hamil. Rasanya jumlahnya mungkin mencecah 3 kali ganda.

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan, majlis agama, pihak sekolah, ibu bapa dan orang perseorangan berganding bahu mengambil tindakan drastik untuk melakukan 'pencegahan' bukan lagi 'pengubatan' (prevention is better than cure). Tutup lubang-lubang yang boleh memulakan bibit-bibit maksiat seperti membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan, menghalang porno di internet, TV dan media cetak, mengambil tahu dengan siapa anak-anak berkawan, mengawal hiburan, dan palinh penting sekali melaksanakan hukum hudud yang Allah turunkan dalam Al-Quran kerana hukuman ini bersifat mencegah (prevention).

Kepada semua pembaca, pastikan jangan hampiri zina. jgn sekali-kali kita berfikir atau berkhayal melakukan zina. Jika ada teman wanita, cepat-cepat kahwin untuk menghalang kita daripada lakukan zina. Jika tak mampu, cari/ pinjam duit. Jika tak mampu juga, berpuasa untuk tundukkan nafsu.

Thursday, March 25, 2010

Asmaa Masuk HSI Kerana Sawan




Asmaa bt. Abdul Syukor telah dimasukkan ke wad 8D, Hosp. Sultan Ismail (HSI), JB pada jam 1.00 pagi tadi kerana mengalami sawan akibat demam panas. Dia mengalami sawan pada pukul 11.00 mlm tadi sewaktu saya berada di UTM. Setelah dimaklumkan oleh isteri, saya bergegas pulang dan membawa dia ke Klinik Penawar, Tmn. Universiti. Setelah mendapat surat doktor dari klinik, saya terus membawanya ke HSI. Suhu badannya pada mlm tadi menunjukkan 40 darjah Celcius. Doktor memberitahu bahawa suhu badannya meningkat akibat radang tekak yg dialaminya.

Alhamdulillah, suhu badannya telah turun pada pagi ini. Doktor akan memantau keadaannya sehingga esok. Jika semuanya baik, insyaAllah dia akan dapat keluar esok.

Wednesday, March 24, 2010

Tujuan Tabung Pertubuhan Keluarga Hj. Jalal

Satu surat pekeliling bertarikh 3 Mac 2010 telah dikeluarkan oleh Dato' Hj. Miskon b. Hj. Jalal, Pengerusi Pertubuhan Keluarga Hj. Jalal b. Hj. Nawawi. Tujuan surat itu adalah untuk memberi galakan kepada anak-anak, para menantu, cucu-cicit dan generasi Allahyarham Hj. Jalal dan Allahyarhamah Hjh. Sarah untuk menyumbang ke dalam tabung pertubuhan dengan sumbangan minima RM10.00 sebulan. Duit dalam tabung yang ada sekarang hanya RM2000 lebih. Tabung ini diwujudkan untuk tujuan berikut:

1. Hadiah peperiksaan spt SPM.
2. Sumbangan mangsa kemalangan atau kebakaran.
3. Kematian
3. Kenduri-kendara
4. Hari keluarga
5. Aktiviti sukan dan lasak.
6. Aktiviti kekeluargaan lain.
7. Rawatan perubatan dan pembedahan.
8. Lain-lain (jika difikirkan perlu)

Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita menyumbang minima RM10 ke dalam tabung ini agar manfaatnya kita perolehi bersama dan niatkan agar pahalanya sampai kepada Arwah Embah dan Nyai.

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya ada seratus biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah amat luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya." Al-Baqarah (261)

Tahlil dan Kenduri Arwah di Rumah Cik Seman

Satu majlis tahlil dan kenduri arwah akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 8 April 2010 bersamaan 23 Rabiulakhir 1431H
Hari: Khamis malam Jumaat
Tempat: Blok A 03-13 Sri Balas Taman Kempas Permai, 81200, Tampoi.
Masa: Selepas solat Isyak

Kenduri ini adalah anjuran Cik Seman. Semua dijemput hadir. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Seman (013-7823522). Moga majlis ini mendapat redha Allah dan pahalanya sampai kepada arwah Embah dan Nyai

Monday, March 22, 2010

Surat Pekeliling Sumbangan Derma Tetap Pertubuhan Hj. Jalal


Surat pekeliling di atas bertujuan memohon sumbangan tetap kepada pertubuhan Keluarga Hj. Jalal b. Hj. Nawawi secara bulanan bermula 1 April 2010 dengan sumbangan minima RM10. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 0124-0000097-10-4 (pertubuhan Keluarga Hj. Jalal b. Hj. Nawawi).

Wednesday, March 17, 2010

Hairunisa' Jopri Masuk Wad

Hairunisa' bt. Jopri (isteri Ijan) telah dimasukkan ke hospital kelmarin kerana kekurangan air dalam badan. Beliau yang kini mengandungkan anaknya yg pertama 2-3 bulan, demam panas sejak beberapa hari lalu dan kekurangan air dalam badan kerana 'alah' dengan air masak. Beberapa botol air dimasukkan ke dalam badan beliau sewaktu di wad. Alhamdulillah, kini beliau dibenarkan pulang ke rumah.

Nur Samihah bt. Mohd. Shukri: Cucu Mak Long Ke-6

Nursyamsinar Fadilah bt. Mohamad Jaya (Kak Dilah) telah selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Kuala Terengganu (HKT) jam 7.30 padi tadi. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut sejak semalam kerana anak di dalam kandungannya telah 'membuang air besar'. Alhamdulillah beliau dapat melahirkan anak itu secara normal. Mak Long kini bergegas ke Kuala Terengganu untuk melihat perkembangan Kak Dilah dan cucunya yang ke-6 itu. Tahniah Abg Shukri & Kak Dilah sekeluarga.