Tuesday, June 15, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Okoi dan Norzi dapat anak lelaki

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana kami dikurniakan anak lelaki. Isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.95kg di HSI JB pada jam 6.30 pagi, Khamis 13 Mei 2010 yang lalu. Kami telah bersetuju untuk menamakannya Abdullah Umar bin Abdul Syukor sempena nama seorang sahabat Nabi s.a.w (Abdullah bin Umar) yang banyak meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. Beliau yang merupakan anak Saidina Umar merupakan antara sahabat yang tinggi ilmunya dan pintar. Moga Abdullah Umar nanti akan menjadi seperti Abdullah bin Umar dengan sentiasa taat perintah Allah dan Rasul, tinggi ilmu dunia dan akhirat dan menjadi orang yang memberi sumbangan besar kepada Islam
Umrah: Cik Kon, Cik Seman dan Cik Jawiyah

Alhamdulillah, keluarga kita sentiasa dimurahkan dan dicukupkan rezeki oleh Allah dan mampu untuk mengerjakan ibadah terutamanya ibadah umrah. Dikhabarkan bahawa Cik Miskon, Cik Seman dan Cik Jawaiyah bersama pasangan mereka akan mengerjakan umrah dalam waktu terdekat ini. Cik Kon dan Cik Senah bertolak (21 Mei 2010), Cik Seman dan Cik Muhaya (28 Mei 2010) dan Cik Jawiyah dan Cik Wan (bulan Julai ni). Cik Seman dan Cik Muhaya akan berlepas melalui Singapura. Kita doakan mereka selamat pergi dan pulang, dan amal ibadah mereka diterima Allah. Sesiapa yang nak kirim 'doa', boleh berjumpa atau menelefon mereka.
Tahlil dan Aqiqah di Rumah Mak Long

Satu majlis tahlil dan aqiqah anak lelaki saya (Abdullah Umar b. Abdul Syukor) akan diadakan pada 22 Mei 2010 (Sabtu), selepas solat Isyak, di L-13, Kg. Pt. Othman Pt. Sulang Batu Pahat, Johor. Iaitu rumah Mak Long. Saya menjemput seluruh kaum keluarga agar dapat menghadiri majlis ini. Menu kali ini adalah nasi putih, daging kambing masak bistik, daging ayam masak merah dan rojak sengkuang. Kehadiran anda semua sangat dialu-alukan.
Tuesday, April 27, 2010
Hidup Berkasih-Sayang

Minggu lepas saya dan isteri berkesempatan utk hadir ke Majlis Ilmu yang disampaikan oleh Dr. Ust. Hj. Zahazan Mohamad, salah seorang ulama' yang banyak ilmunya. Beliau menyampaikan kuliahnya di rumah kakaknya di Tmn. Sri Pulai. Jarang sekali beliau dapat turun ke JB kerana sibuk mengendalikan urusan syarikat penerbitan Telaga Biru. Banyak sekali ilmu yang saya perolehi dalam majlis tersebut.
Dalam kuliahnya, Ust Zahazan membincangkan ayat terakhir dari surah Al-Fath (yang bermaksud Kemenangan). Ayat terakhr dari surah tersebut membuat kesimpulan tentang bagaimana kita umat Islam mampu untuk menang dan menawan semula Baitulmaqdis. Seterusnya menjadi umat yang dipandang tinggi oleh umat-umat yang lain.
"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar." (29:Surah Al-Fath)
Terdapat 3 sifat org2 yang soleh, iaitu org2 yg berjaya dan akan diberi kemenangan oleh Allah.
1) Bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam),
2) bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).
3) tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.
Dalam 3 perkara di atas, saya hanya mahu membincangkan perkara yang ke-2, iaitu bagaimana mewujudkan kasih-sayang sesama manusia. Dalam kuliah tersebut, Ust. Zahazan menggariskan beberapa cara yang boleh membuatkan kita saling berkasih-sayang sesama Muslim.
1) Menasihati sahabat kita kerana Allah. cth: Nasihat kerana tak pakai tudung. Tetapi nasihat harus dengan baik dan tidak memalukannya.
2) Banyak memberikan senyuman.
3) Memberi salam kepada org yg kita kenal atau tidak kenal.
4) Suka memberi hadiah.
5) Banyakkan berdoa utk mereka. Doakan agar mereka diberi kebaikan dan petunjuk.
6) Menutup keaibannya jika ada org yg mengumpatnya.
Moga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada org lain, serta menjadi pemangkin dalam diri kita untuk menyatukan dan menguatkan umat Islam ini.

