Wednesday, March 31, 2010

17,303 anak luar nikah 2009



KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

Komen: Ini baru anak luar nikah. Maksudnya pasangan yang belum nikah, buat 'projek' (zina), lalu hamil. Belum lagi kandungan yang digugurkan, atau berzina tapi tak hamil. Rasanya jumlahnya mungkin mencecah 3 kali ganda.

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan, majlis agama, pihak sekolah, ibu bapa dan orang perseorangan berganding bahu mengambil tindakan drastik untuk melakukan 'pencegahan' bukan lagi 'pengubatan' (prevention is better than cure). Tutup lubang-lubang yang boleh memulakan bibit-bibit maksiat seperti membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan, menghalang porno di internet, TV dan media cetak, mengambil tahu dengan siapa anak-anak berkawan, mengawal hiburan, dan palinh penting sekali melaksanakan hukum hudud yang Allah turunkan dalam Al-Quran kerana hukuman ini bersifat mencegah (prevention).

Kepada semua pembaca, pastikan jangan hampiri zina. jgn sekali-kali kita berfikir atau berkhayal melakukan zina. Jika ada teman wanita, cepat-cepat kahwin untuk menghalang kita daripada lakukan zina. Jika tak mampu, cari/ pinjam duit. Jika tak mampu juga, berpuasa untuk tundukkan nafsu.

No comments:

Post a Comment