Wednesday, April 7, 2010

Kembali Semula Selepas Final Exam

Alhamdulillah, saya dapat kembali semula menulis di blog ini selepas seminggu berehat kerena kesuntukan masa. Minggu lepas baru sahaja selesai menguruskan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah. Dengan sokongan dari beberapa org AJK, mesyuarat agung tersebut dapat berjalan lancar.

1 April lepas juga merupakan 'due date' menghantar kertas persidangan ke PARS 2010 yg akan berlangsung 21-25 Jun ni. Alhamdulillah, kertas persidangan tersebut dapat dihantar. Diharap, banyak lagi kertas persidangan dan jurnal dapat diterbitkan.

Semalam baru sahaja tamat peperiksaan akhir subjek IT Project Management. Nampak gaya ok. Tapi keputusan hanya akan diketahui Jumaat ini. InsyaAllah, lulus dengan cemerlang. Good luck kepada semua yang baru nak ambil final exam. Moga dapat jawab soalan dengan baik.

Anyway, banyak lagi kerja yang nak dibuat. Moga dapat dilaksanakan dengan baik, fokus, sistematik, teratur dan efisen.

No comments:

Post a Comment