Friday, February 12, 2010

"Happy Belated Birthday Cik Leha"

Saya hampir terlupa bahawa pada 9 Feb adalah tarikh kelahiran seorang makcik saya yg sentiasa disayangi oleh anak-anak saudaranya iaitu Jaliah Jalal (Cik Leha). Pada 9 Feb tahun ini, genaplah umur beliau 48 tahun (kalau x silap). Semoga beliau sentiasa sihat, dimurahkan rezeki yg halal, dijauhkan dari bala bencana, mendapat keampunan Allah dan segala amal ibadahnya diterima.

Umur Kita
Sebenarnya saban tahun kita menyambut ulang tahun kelahiran, semakin pendek umur kita di dunia ini. Saya pun tak tahu berapakah umur yang Allah peruntukkan kepada saya untuk hidup. Adakah 30, 40, 50 atau sebagainya. Apa yang penting adalah kita mengisi baki umur kita dengan perkara-perkara yg Allah redhai dan dapat dibawa ke Akhirat nanti. Umur kita tak akan dipendekkan atau dipanjangkan sesaat. Semuanya telah ditulis di Luth Mahfudz. Segala amalan kita akan terputus setelah kita mati KECUALI 3 perkara:

1. Ilmu yang bermanfaat kita ajarkan dan diamalkan oleh org lain.
2. Sedekah jariah sewaktu hidup di dunia.
3. Doa anak yg soleh yg mendoakan ibu bapanya.

Perjalanan Hidup
Hidup di dunia ini tak lama. Nabi s.a.w memperumpamakan hidup di dunia ini seperti seorang yg dalam keadan musafir, lalu berhenti untuk tidur sebentar, dan seterusnya bangun semula untuk meneruskan perjalanan. Tidur sebentar itulah hidup di dunia. Kita akan hidup lebih lama dan kekal di alam lain. Kita masih belum menempuh alam kubur, alam Mahsyar, timbangan amalan, Titian Sirat dan Syurga (moga dimasukkan) atau Neraka (moga dijauhi).

Harta Bukan Di Hati
Biarlah segala harta yg kita perolehi di dunia ini, kita manfaatkan untuk kegunaan Akhirat. Pastikan harta itu tidak bertahta di dalam hati. Kata Saidina Ali: "Harta itu di tangan, bukan di hati". Maksudnya jangan biarkan kita sentiasa teringat ttg harta kita. Kerana ia boleh menyebabkan penyakit hati spt hasad dengki, iri hati, dendam, lupa akhirat, lupa mati dan bermusuh sesama manusia. Biarlah harta itu hanya kita gunakan untuk kegiatan harian dan bekalan pahala untuk Akhirat.

Justeru, saya mengingatkan diri saya dan saudara sekalian agar kita pastikan hidup di dunia dengan sentiasa mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya kerana dengan mengikutinya kita akan sentiasa selamat di dunia dan Akhirat. Selamat Hari Lahir Cik Leha.

No comments:

Post a Comment