Friday, February 26, 2010

Mari Mengenal Rasulullah s.a.w


12 Rabi'ul Awwal adalah hari yang penuh bermakna dalam kalender umat manusia. Hari di mana manusia paling mulia di sisi Allah dilahirkan. Muhammad bin Abdullah dilahirkan sebagai seorang anak yatim. Baginda adalah rahmat bagi sekalian alam ini.

Cuba kita bayangkan jika Rasullulah s.a.w tidak dijadikan. Mungkinkah kita pada hari ini menjadi penyembah berhala, penganut agama Nasrani atau Majusi? Cuba bayangkan Islam tidak disebarkan oleh pedagang-pedagang Arab yg datang ke Melaka untuk berniaga. Mungkinkah kita menganut agama Hindu yang dibawa oleh kerajaan Srivijaya atau Majapahit? Syukur kita kepada Allah dengan Hidayat yang diberikan, kini kita mampu merasai nikmat Iman dan Islam. Nikmat yang tidak ternilai harganya. Tidak mampu dibayar dengan emas dan wang ringgit.

Rasulullah s.a.w Rahmat Sekalian Alam

Rasulullah s.a.w diutuskan untuk memberi petunjuk jalan lurus kepada umat manusia yg sebelum ini menyembah selain Allah, menindas yg lemah, memakan riba, berzina, membunuh anak perempuan dan suka berperang.

Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107:

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Sebagai tanda cinta kita kepada baginda, marilah kita sama-sama sentiasa mengamalkan sunnah dan apa sahaja yg diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dalam kehidupan kita seharian. Bila kita cinta akan baginda, barulah kita akan perolehi syafaatnya di Akhirat nanti dan kita akan sentiasa mendapat pahala drp Allah. Sentiasa kita berselawat kepadanya pada waktu pagi dan petang.

Sifat-sifat Rasulullah s.a.w

1. Adil dan baik hati.
2. Memberi makan orang miskin dan lapar.
3. Membantu orang musafir dan anak yatim.
4. Tidak suka orang zalim dan kedekut.
5. Ucapannya lembut dan tegas,
6. Rasa belas kasihan kpd manusia dan binatang.
7. Berseri-seri apabila dia tersenyum.
8. Orang paling dermawan terutamanya di Bulan Ramadhan.
9. Orang yang paling baik akhlak dan susuk tubuhnya.
10. Orang yang paling lembut tapak tangannya dan paling harum baunya.
11. Orang paling baik pergaulannya dan paling takut kepada Allah.
12. Tidak pernah marah dan berdendam kerana dirinya, beliau marah hanya kerana larangan-larangan Allah dilanggar hingga kebenaran menjadi pihak yang menang.
13. Akhlaknya adalah Al-Quran.
14. Orang paling tawadhuk(rendah diri).
15. Memenuhi keperluan keluarganya.
16. Melindungi orang-orang yang lemah (tiada kuasa).
17. Orang paling pemalu.
18. Tidak pernah mencela makanan.
19. Tidak pernah makan di meja makan.
20. Makanan kegemarannya ialah manisan, madu dan buah labu.
21. Biasa menjahit baju dan kasut sendiri.
22. Menziarahi orang sakit.
23. Memenuhi jemputan samada dari orang kaya atau miskin.
24. Banyak melakukan zikir dan berfikir.
25. Tempat tidurnya dibuat daripada kulit yang diisi dengan selaput pelepah kurma.
26. Tidak pernah tertawa lebar, hanya tersenyum.
27. Pernah bergurau tetapi tidak pernah menipu dalam bergurau.

(Petikan dari Buku Sirah dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w dan lagu Al-Mu’allim)

Mengapa kita tidak kenal Rasulullah sedangkan kita memuja artis-artis pada hari ini? Baginda memberi syafaat di Akhirat tetapi artis tidak!

Marilah kita sentiasa BERSELAWAT kepadanya

No comments:

Post a Comment