Sunday, February 7, 2010

Man United vs Porstmouth, Chelsea vs Arsenal

Malam esok menyaksikan pertembungan sekali lagi dua gergasi kelab English iaitu Chelsea dan Arsenal. Dalam perlawanan ini, Arsenal perlu menang untuk menghidupkan peluang merebut kejuaraan liga selepas tewas dalam keadaan memalukan kepada Man United 3-1 di tempat sendiri Ahad lepas. Kemenangan Arsenal ke atas Chelsea juga memudahkan peluang Man United untuk naik ke tempat teratas liga. Bagi Chelsea, kemenangan ke atas Arsenal perlu bagi menjarakkan lagi kedudukan dengan Man United selepas hanya seri 1-1 dengan Hull City.

Malam ini pula, Man United akan bertemu Porstmouth yang menduduki tangga tercorot liga di Old Trafford, Manchester. Man United perlu menang untuk mengambil peluang memintas Chelsea dan perlu menjaringkan lebih 3 gol untuk kedudukan (Goal Different) yang selesa. Apapun, kita saksikan perlawanan Man United vs Porstmouth (Sabtu, 11.00 mlm) dan Chelsea vs Arsenal (Ahad, 12.00 mlm).
p/s: Aku harap MU menang, Chelsea kalah....

No comments:

Post a Comment