Friday, February 26, 2010

Hidup Berjiran Cara Rasulullah s.a.w


Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaknya tidak mengganggu jirannya”

Sabda Baginda lagi:
“Sebaik-baik teman di sisi Allah ialah mereka yang terbaik terhadap temannya; dan sebaik-baik jiran di sisi Allah swt ialah orang yang paling berbudi terhadap tetangganya”.

Pada suatu hari datang seorang sahabat kepada Rasulullah saw menceritakan:
“Ya Rasulullah, si fulanah itu sangat sekali tekun dalam melaksanakan solat dan jangan tanya tentang sedekahnya, demikian pula puasanya, hanya malanngnya dia berlidah pengganggu terhadap jirannya” Jawab Rasulullah saw: “Dia berada dalam api neraka!”

Rasulullah saw dengan penuh rahmat menggariskan hak-hak berjiran sepertimana berikut:

Hak-hak jiran
1. Bila jiranmu meminta tolong, tolonglah!
2. Bila meminjam, pinjamilah!
3. Bila memenuhi sesuatu, penuhilah!
4. Bila sakit, ziarahilah!
5. Bila memperolehi kesenangan, berilah ucapan selamat!
6. Bila mendapat musibah, ringankanlah deritanya!
7. Bila meninggal dunia, hantarlah janazahnya!
8. Bila engkau meninggikan bangunan rumahmu, jangan sampai engkau menghalangi masuk angin dan menutup cahaya matahari yang masuk ke dalam rumahnya, kecuali kalau engkau mendapat kebenaran daripadanya.
9. Jangan engkau menggangu dengan bau sedap makasakanmu! Kecuali bila engkau juga memberi kepadanya!
10. Bila engkau membeli buah-buahan, sedekahkanlah! Bila tidak, elakkan jangan sampai kesedapan baunya tercium!
11. Jangan sampai anankmu makan di muka (hadapan) anak jiranmu, hingga menimbulkan selera anak jiranmu dan menangis kerana keinginannya!

Apa yang digariskan oleh Rasulullah saw boleh menjadi panduan kepada kita yg memang mempunyai jiran. Ada juga jiran yang mengganggu jiran lain dengan bunyi muzik radio dan televisyen hinggakan jiran kita sukar hendak tidur, solat atau belajar.

Hormatilah Hak Jiran Kita.....

No comments:

Post a Comment