Friday, February 12, 2010

Haram Menyambut 'Valentine's Day'

Valentine's Day
14 Feb adalah tarikh yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih tidak kira muda atau tua. Hari yang dimaksudkan adalah Valentine's Day. Valentine's Day sangat meriah disambut oleh pasangan kekasih di negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan tidak ketinggalan di Malaysia. Pasangan kekasih akan bertukar-tukar hadiah seperti coklat, bunga, kad dan sebagainya. Kadang-kala mereka menyambutnya di kelab-kelab malam dengan arak dan nyanyian yang mengkhayalkan. Kita juga dengar bahawa si gadis sanggup menyerahkan kesucian dirinya kepada si lelaki untuk menunjukkan kasih-sayang dan bukti cinta sesama mereka.

Sejarah
Sebenarnya, Valentine's Day adalah hari di mana orang-orang Kristian meraikan kejayaan tentera salib mengalahkan kerajaan Islam di Sepanyol sewaktu pemerintahan Ratu Isabella. Mereka telah berjaya menjatuhkan kerajaan Islam dan paderi Kristian mewujudkan satu hari untuk memperingatinya. Itulah Valentine's Day.

Fatwa Mengharamkan
Majlis fatwa kebangsaan dan negeri Johor telah mengeluarkan fatwa dan arahan agar Valentine's Day tidak disambut oleh orang Islam kerana perayaan ini tiada dalam ajaran Islam. Jika ia disambut oleh orang Islam, bermakna kita sendiri meraikan kemenangan tentera salib menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol satu masa dahulu.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun akan kamu mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)

Firman Allah:"“Tidak akan redha ke atas kamu orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan mereka.” (Surah Al-Baqarah: 120).

Harapan
Saya berharap agar Valentine's Day tidak disambut oleh umat Islam. Saya juga berharap umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya orang kafir yang sedah semestinya ingin menjatuhkan Islam secara senyap.

No comments:

Post a Comment