Thursday, February 11, 2010

Kenapa Harus Berpagi-pagi


Assalamu'alaikum. Alhamdulillah pada pagi tadi saya dapat solat Subuh berjamaah di masjid dan dapat membaca Al-Quran, setelah sekian lama sukar untuk solat Subuh di rumah Allah dan membaca Kalam Allah itu. Saya bangun awal kerana pagi tadi ada perlawanan EPL antara Man United vs Aston Villa dengan keputusan seri selepas Nani (17) dibuang padang. Selepas tamat perlawanan kira-kira jam 5.35 pagi saya bergegas pulang ke rumah untuk mandi dan terus ke masjid untuk solat Subuh. Itulah rutinnya, jika ada 'game' waktu pagi, insyaAllah saya dapat ke masjid untuk solat Subuh. Jika tiada 'game', hanya solat di rumah. Selepas itu tidur semula.

Rugi kan!. Kenapa rugi? Kerana waktu pagi mempunyai keberkatan dalam berusaha dan memulakan pekerjaan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi." Orang kafir sendiri tahu menghargai waktu pagi. Pengalaman saya tinggal di rumah Cik Bedah di Melaka, jirannya yg berbangsa Cina bangun seawal 5 pagi untuk menguruskan perniagaannya. Nyonya dan asoh (kakak) sekitar rumah beliau berjogging sekitar taman di awal pagi. Sebelum subuh lagi mereka telah bertebaran di bumi Allah. Apa kelebihan bangun awal pagi? Dalam buku 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang oleh Ustzh Siti Norbahyah dan Ust Zahazan Mohamed ada menggariskan kelebihan bangun wal pagi dan kekurangan jika lewat bangun.

Kelebihan Waktu Pagi
-Fikiran masih kosong, lapang dan segar.
-Banyak perkara yang boleh difikirkan.
-Banyak perkara yang boleh dilakukan.
-Badan masih segar dan cergas.
-Cuaca yg sejuk dan pemandangan yg segar boleh menaikkan semangat.
-Peluang mencari rezeki yg banyak.

Kerugian Tidur pada Waktu Pagi (Selepas Subuh)
-Badan menjadi letih.
-Otak menjadi lemah.
-Tak banyak perkara yg boleh dilakukan.
-Tak banyak perkara yg boleh difikirkan.
-Cuaca sudah panas ketika bangun dan tidak menggalakkan untuk keluar.
-Rezeki sudah dikaut org lain.
-Menampakkan sifat pemalas.

So, kita dah tau kelebihan bangun awal pagi dan keburukan jika bangun lewat atau tidur semula lepas Subuh. Macamana kita nak bangun awal pagi?

Petua Supaya Mudah Bangun Awal Pagi.
-Ikhlaskan niat untuk bangun awal pagi bagi menjalankan kerja. Kerja juga adalah ibadah kepada Allah.
-Merasakan bangun pagi adalah tuntutan Allah. Dapat buat Qiyamullail sebelum Subuh.
-Mengetahui kelebihan bangun awal.
-Ingat bahawa golongan salafussoleh sentiasa bangun awal.
-Tidur malam dengan mengiring ke sebelah kanan.
-Ambil wuduk sebelum tidur.
-Masuk tidur awal.
-Berzikir, wirid dan doa sebelum tidur.
-Tidur sebentar (Qailullah) sebelum waktu Zohor.
-Kurangkan makan berlebihan.
-Lawan nafsu yang ingin tidur berlebihan.
-Jauhi maksiat kepada Allah.
-Hukum diri jika tidur berlebihan.

Semoga selepas ini kita akan menjadi golongan yang bangun awal dan tidak tidur selepas solat Subuh walaupun hari cuti (Sabtu dan Ahad). Pastinya kita akan dimurahkan rezeki. Jika duduk di rumah selepas Subuh menyebabkan kita tidur semula, keluarlah untuk berjogging, sarapan di kedai bersama kawan-kawan atau keluarga, atau mengikuti kuliah Subuh di masjid.

No comments:

Post a Comment