Monday, February 8, 2010

Cuti Tahun Baru Cina: Jom Ke Tgganu & Kelantan!

Cuti Tahun Baru Cina pada minggu depan memang cuti yang dinanti-nantikan. Saya dan mak dah plan nak ke Terengganu (rumah Ibah dan K.Dila) dan seterusnya ke Kelantan untuk bersiar-siar di negeri pimpinan kerajaan PAS itu. Mungkin akan bertolak pada 14 Feb 10 (Sabtu) dan terus ke Dungun dahulu untuk menginap semalaman. Selepas itu akan ke Kelantan dan menginap di sana 2 malam. Perancangan di sana akan ke rumah Tuan Guru Nik Aziz (amik gambo je), ke Rantau Panjang (shopping) dan tempat-tempat lain yang menarik. Kat Terengganu boleh mandi air terjun, shopping kat Pasar Payang dan tengok penyu nangis (kalau ada). So, sape-sape yang nak join atau nak kirim barang, boleh hubungi saya. Pulang ke JB mungkin 17 Feb 10.
p/s: mungkin miss kenduri kat kampung Pt. Mustaffa.

1 comment:

  1. waa..best2..nk join..tp aku rase dlm masa terdekat ni aku dpt anak kot huhu

    ReplyDelete